Saturday, June 05, 2004
Kali ni aku nak share ngan u all tentang 7 langkah bagaimana hendak mengubah diri, tips ni aku dapat dari sebuah magazine.Entahlah aku tak ingat nama magazine tu, tapi apa-apa hal pon yang paling utama sekali tips-tips yang dikemukakan ni bolehlah kita cuba untuk mengubah diri kita menjadi lebih baik, Insya-Allah.
7 Steps To Change :
1. Take stock :imagine that your best friend was reviewing the problems.
2. Research the problem. What books can you read ? or expert consult to help focus your energies in the right direction.
3. Get your support system together. Who can help you both practically and emotionally.
4. Identify the potential crisis points. When you are most likely to backslide?. Have a strategy ready to put into action.
5. Set realistic goals. Many people fail because they aim to high, too quickly. It is better to set a series of small achieveable goals than something too ambitious and fail completely.
6. Write down your action plan. The secret to success is a well thougt out strategy. Don’t thing any step is to small to write down; it is missing rungs on the ladder that makes us fall of.
7. Keep encouraging yourself. Just because you slip on one day, should not mean abandoning your plans altogether. If you have learnt something, no experience is wasted. Praise yourself for achievement rather than worry about what you haven’t done.
leaving skool mentarizeni at 1:42 PM [comment]
***
Wednesday, April 21, 2004
Urgh alangkah indahnya hidup ini andainya aku mendapat kekuatan untuk mengubah diri seperti Elizabeth Turner atau lebih dikenali sebagai Liz Turner.Siapa lak minah ni? Liz Turner adalah seorang remaja yang mempunyai sebuah keluarga yang tidak teratur. Ibu bapa dia terlibat dengan penagihan dadah dan ini menyebabkan ibu bapa dia tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan sempurna.Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang Liz Turner ni cuba-cubalah mencari VCD filem ‘From Homeless To Harvard’.Filem tersebut merupakan kisah benar tentang penghidupan Liz Turner.
Apa yang ingin aku sampaikan di sini adalah tentang semangat Liz Turner untuk mengubah diri beliau kepada keadaan yang lebih sempurna.Sebelum itu, ingin aku katakana bahawa beliau tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap.Sebab tu lah filem kisah benar beliau bertajuk ‘From Homeless To Harvard’.Daripada seorang remaja yang terbiar dan tidak terarah akhirnya beliau layak belajar di Universiti Harvard.Pada waktu mula-mula beliau ingin mengubah diri kita akan dapat lihat pendirian beliau yang mantap,ini dapat dilihat melalui tindakan beliau cuba menyakinkan seorang guru di sebuah sekolah bahawa dia boleh untuk terus belajar lagi.Setelah itu guru tersebut memberikan peluang kepada beliau dengan syarat beliau perlu mengikuti siri ujian bagi kelayakan untuk dia belajar lagi.
Akhirnya, Liz Turner telah berjaya dalam siri ujian tersebut dan dia telah diberi lagi peluang untuk belajar lagi.Sebelum ini dia telah belajar juga tetapi atas sebab-sebab tertentu maka dia tidak dapat menumpukan perhatian dalam pelajaran.Maka bermulalah siri kehidupan yang baru dalam diri beliau dan dari sini dia telah menghadapai pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dilalui.Antara masalah utama yang perlu dihadapi oleh beliau adalah masalah kewangan.Bagi mengatasi masalah tersebut beliau telah bekerja sambil belajar dan semangat beliau boleh dipuji dan dijadikan ikutan kerana sambil bekerja dia boleh sambil belajar.Hebatkan, mungkin bagi mengatasi masalah kewangan itu dia perlu berkerja lebih masa bagi mendapatkan duit yang lebih banyak dan masa untuk dia belajar adalah terhad dan dia cuba cover study dia dengan berkerja dan dalam masa yang sama belajar.Hasil daripada kesungguhan itu, dia telah berjaya melajutkan pelajaran ke Universiti Harvard.
Haa, itulah serba sedikit cerita tentang Liz Turner.Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk mengubah diri, jadikanlah diri ini tabah dalam perjuangan hidup.Oit korang doakanlah aku yee.
leaving skool mentarizeni at 11:33 AM [comment]
***
Friday, April 16, 2004
Apa bestnya tulis blog ni?
Aku pernah tertanya-tanya apalah bestnya tulis blog ni.Tapi bila dah mula menulis dalam blog ni buat aku makin suka untuk menulis blog.Entahlah, kenapa? Mungkin dengan menulis blog ni aku menjadi lebih tenang dan menyebabkan aku perlu untuk sentiasa berfikir apakah yang seterusnya yang perlu aku tulis kat dalam blog ni.At least dengan menulis blog ni dapatlah aku mennyampaikan fikrah aku,eceh.Antara lain aku leh gak motivate diri aku agar lebih bersemangat untuk menghadapi hari-hari yang mendatang.Aku tulis blog ni apabila aku merasa bosan, ialah wei bosan ekk usik dok terperap kat umah jeer.
Tapi takpe aku yakin, ni semuanya tak lama coz tak lama lagi fisio aku kata aku akan buang tongkat,Insya-Allah.Daripada aku memendam rasa dengan merasa bosan dok kat umah baik aku menulis blog.Sekurang-kurangnya aku taklah memendam rasa jeer,argh bestnya bila masalah dah diluahkan.Huh korang apa lagi komen lah pasal blog aku ni?,hehehe.
Oit aku nak sampaikan pada korang ni bahawa pada 20.4.2004 ni ari penentuan tentang aku punya kaki, korang doakan lah ye agar aku punya kaki dah ada banyak progress.Amin.
leaving skool mentarizeni at 8:57 AM [comment]
***
Thursday, April 15, 2004
Wanna change myself to new world...eceh
Suka untuk aku memulakan blog aku pada hari ini dengan sepotong hadis Nabi :
Peliharalah (perintah & larangan Allah)nescaya kamu akan rasa kehadiranNya. Kenalilah Allah di waktu kamu senang, nescaya Allah akan mengenalimu di waktu kesulitan. Ketahuilah apa yang luput dari kamu adalah sesuatu yang pasti tidak mengenaimu, dan apa yang mengenaimu pasti tidak akan terlepas daripada kamu.
Kemenangan & keberhasilan hanya dapat dicapai dengan kesabaran. Kelonggaran beriringan dengannya kesulitan. Dan datangnya kesulitan beriringan dengannya kemudahan.
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
Firman Allah S.W.T.:Hai orang-orang beriman,mengapa kamu mengatakan apa yang kamu tidak kamu perbuat? Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa-apa yang kamu tiada kamu kerjakan.
(Surah Ash-Shaff ayat 2-3)
Pehh meremang siot bulu roma aku bila dibaca dan dipedengarkan firman Allah tu. Buat aku lemah semangat untuk sampaikan ilmu kepada org lain, tapi kalau tak sampaikan pada orang lain kang nanti kat akhirat orang-orang yang kita kenali akan
menuntut kepada kita, mengapa di dunia dahulu kau tak sampaikan ilmu-ilmu Allah yg ada pada kau kepada aku? Itulah advice yg slalu dipendengarkan oleh abang ipar aku,
abe Ahmad al-Kelantani.Selain itu, aku juga teringatkan kpd pesanan seorang rakan aku iaitu 'Islah Nafsaka Wadu' Ghairuka'which means perbaikilah diri kamu dan berdakwalah kepada orang lain, Insya-Allah. Aku harap dengan penulisan di blog ni dapat aku manfaatkan utk menyampaikan ilmu pada korang dan korang dpat manfaatnya. Dengan menulis blog ini juga aku mengharapkan agar ilmu-ilmu yang ada pada aku semakin berkembang dan mantap pemahamannya.
Emm,korang dah dengar lom lagu Too Phat feat Yasin versi Bahasa Melayu, rupanya tinngi tol msg yang ingin disampaikan. Lirik lagu tersebut mengingatkan kita agar
sentiasa mengingati tuhan sepanjang masa tak kira di waktu senang atau susah bersesuaianlah dengan hadis Nabi yang aku berikan tadi.
Oklah sekian dulu aku menulis blog utk kali ni. Next time aku sambung lagi, Insya-Allah. janee..........cayok-cayok
leaving skool mentarizeni at 8:51 AM [comment]
***